Rabu, 23 Julai 2014

SEMINAR PENGGUNAAN DAN PEMBANGUNAN APLIKASI TELEFON PINTAR



TARIKH :

  4-5 Julai 2014



TEMPAT :



DEWAN IBN YUNUS DAN MAKMAL KOMPUTER

KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN


ANJURAN:

UNIT SAINS KOMPUTER 

KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN



Seminar penggunaan  Aplikasi atas talian telefon pintar telah dihadiri seramai   150 orang pelajar dari Modul 2 dan Modul 3.Telefon pintar merupakan gadget yang tidak asing lagi kepada pengguna seluruh dunia. Perkembangan teknologi ini mengorak langkah lebih jauh dalam industri pembangunan aplikasi. Pembangunan aplikasi secara atas talian telah mendominasi industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada hari ini, permintaan terhadap aplikasi telefon pintar semakin meningkat sesuai dengan kadar perolehan telefon pintar bagi setiap orang.Sebagai pengguna, ramai pelajar tidak pernah didedahkan bagaimana aplikasi telefon pintar dibangunkan dan juga boleh digunakan dalam aktiviti harian mereka terutamanya dalam aktiviti pembelajaran.Seminar ini bertujuan memberi pendedahan tentang aplikasi secara atas talian yang digunakan bersama telefon pintar serta bagaimana ianya dibangunkan.Selain seminar, peserta juga akan didedahkan secara langsung melalui sesi praktikal tentang langkah-langkah untuk membangunkan aplikasi telefon pintar.
     

 


 




Secara keseluruhannya seminar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan dihadiri oleh kumpulan sasar yang telah ditetapkan. Sesi praktikal yang telah dijalankan juga telah berjaya memberi pendedahan secara langsung bagaimana aplikasi telefon pintar dibangunkan dan peluang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh peserta untuk membangunkan aplikasi yang ringkas dan boleh beroperasi.



0 ulasan:

Catat Ulasan