Ahad, 20 Julai 2014

Sejarah penubuhan Kolej Matrikulasi Kelantan

Kerja-kerja awal pembinaan kolej ini bermula pada tahun 2009. Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) adalah projek KPM yang dikendali dan dipantau oleh JKR Kelantan. KMKt dijadualkan beroperasi pada bulan Mei 2013 dengan bermulanya sesi akademik 2013/2014.
Kampus KMKt terletak di kawasan seluas 100 ekar yang terletak diatas Lot 3317 Mukim Bukit Merbau, Daerah Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Lokasi kampus ini ialah 7 KM dari pekan Kok Lanas, 15 KM dari pekan Pasir Putih, 30 KM dari bandar Machang dan 30 KM dari bandar Kota Bharu,
Kedudukannya berhampiran dengan beberapa institusi pendidikan seperti Kolej Komuniti dan Politeknik, juga berhampiran dengan Kem Desa Pahlawan serta dikelilingi oleh beberapa bandar utama seperti Kota Bharu (30 km), Machang (30 km) dan Pasir Puteh (15 km).
Kolej ini mula dibina pada awal 2009 dan merupakan kolej matrikulasi ke-14 di seluruh Malaysia di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
      KMKt pada awalnya dijangkakan boleh menempatkan seramai 2,000 orang pelajar pada satu-satu masa di 4 blok kediaman (2 blok  bangunan lagi bakal dibina dalam fasa kedua pembangunan KMKt) yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik penginapan pelajar, bilik bacaan, bilik sembahyang serta bilik rekreasi. Di blok kediaman pelajar terdapat 4 kafeteria yang akan memberikan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelajar.   
      Dalam melaksanakan proses pengajaran, terdapat 2 buah dewan kuliah besar dan 4 buah dewan kuliah kecil yang dilengkapi dengan peralatan Komputer, LCD, skrin, sistem audio dan lain-lain peralatan yang diperlukan. Dewan kuliah ini mampu memuatkan antara 150 - 250 pelajar untuk setiap dewan. Sebuah Pusat Sumber dua tingkat dilengkapi dengan kemudahan seperti ruan membaca umum, ruang  membaca individu, bilik perbincangan, siber remaja, bilik tayangan, ruang koleksi rujukan dll serta dilengkapi juga dengan 7 makmal komputer  dan 3 makmal bahasa disediakan dengan talian internet, WiFi dan lain-lain peralatan.
     KMKt juga bakal menyediakan perkhidmatan lain dengan caj yang berpatutan seperti perkhidmatan dobi, percetakan, kedai runcit, kedai alat tulis, perkhidmatan bank (ATM) dan TASKA untuk anak-anak pensyarah dan kakitangan bagi memudahkan pensyarah dan kakitangan mendapat perkhidmatan penjagaan anak-anak mereka semasa mereka bekerja.
       Kok Lanas, sebuah pekan kecil merupakan pekan terdekat dengan kampus KMKt (7 km) pada kedudukan 5.906763, 102.237725 adalah bandar yang sedang pesat membangun akibat limpahan pembangunan yang rancak di sekitarnya.












0 ulasan:

Catat Ulasan