TARIKH :
4-5 Julai 2014
TEMPAT :
DEWAN IBN YUNUS DAN MAKMAL KOMPUTER
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
ANJURAN:
UNIT SAINS KOMPUTER
KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
Seminar penggunaan Aplikasi atas talian telefon pintar telah dihadiri seramai 150 orang pelajar dari Modul 2 dan Modul 3.Telefon
pintar merupakan gadget yang tidak asing lagi kepada pengguna seluruh dunia.
Perkembangan teknologi ini mengorak langkah lebih jauh dalam industri
pembangunan aplikasi. Pembangunan aplikasi secara atas talian telah mendominasi
industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada hari ini, permintaan
terhadap aplikasi telefon pintar semakin meningkat sesuai dengan kadar
perolehan telefon pintar bagi setiap orang.Sebagai pengguna, ramai pelajar tidak pernah didedahkan
bagaimana aplikasi telefon pintar dibangunkan dan juga boleh digunakan dalam
aktiviti harian mereka terutamanya dalam aktiviti pembelajaran.Seminar ini bertujuan memberi pendedahan tentang aplikasi
secara atas talian yang digunakan bersama telefon pintar serta bagaimana ianya
dibangunkan.Selain seminar, peserta juga akan didedahkan secara langsung
melalui sesi praktikal tentang langkah-langkah untuk membangunkan aplikasi
telefon pintar.
Secara
keseluruhannya seminar ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan dihadiri
oleh kumpulan sasar yang telah ditetapkan. Sesi praktikal yang telah dijalankan
juga telah berjaya memberi pendedahan secara langsung bagaimana aplikasi
telefon pintar dibangunkan dan peluang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh
peserta untuk membangunkan aplikasi yang ringkas dan boleh beroperasi.
0 ulasan:
Catat Ulasan